Selasa, 30 Mac 2010

Ancaman Dadah dan Sex Remaja

Assalamualaikum...dan Salam Sejahtera

Sejak akhir-akhir ini masyarakat sering disogokkan dengan berita arus perdana mengenai masalah dadah dan sex remaja. Jika kita fikir-fikirkan setiap taman, kampung atau kawasan pasti ada "port" atau tempat aktiviti menghisap dadah dan sekurang-kurangnya..wakil setiap kampung atau kawasan di Malaysia ini pasti ada..paling tidak seorang, tapi biasanya lebih....... Rampasan dadah hampir setiap hari..ini bermakna bekalan dadah untuk semua penagih..senang cerita..berapa guni agaknya diperlukan untuk semua penagih di Malaysia. Tidakkah ada formula untuk mengatasinya. Apa teori pun yang dipakai...sekiranya tindakan positif yang diambil setiap tahun..gejala negatif akan berkurangan..tetapi yang ni semakin meningkat...renungkan..

SATU lagi kes sex bebas remaja ini..hampir semua sekolah menengah harian di seluruh Malaysia kita dengar ada saja kes serupa ini sama ada ia dilapor atau sebaliknya..akhir daripada aktiviti ini..itu yang kita dengar bayi dijumpai di pagar surau..tempat buang sampah..tangga masjid..janin dalam balang..dan entah apa-apa lagi selepas ini...sepatutnya perkara ini dibincangkan di parlimen..minta pandangan rakyat..sebelum negara hancur...FIKIRKAN.......LAH

Ahad, 28 Mac 2010

Sesungguhnya Solat Mencegah Kemungkaran


Assalamualaikum..dan Salam Sejahtera..!

Hari ini remaja semakin berani melakukan maksiat dan apa saja yang difikir menyeronokkan bagi mereka. Justeru itu dengan bilangan 13,300 bayi yang berdaftar adalah anak luar nikah mencerminkan betapa bejatnya...remaja hari ini. Masyarakat menganggapnya seperti biasa kecuali anak atau keluarga sendiri yang terkena...kesimpulannya...Solat adalah penyelesaian masalah..

Rabu, 24 Mac 2010

Mari Kita Berfikir

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apa nak jadi dengan negara kita.....

Individu yang dituduh akan memerintah Malaysia suatu waktu dahulu...berpusu-pusu manusia buat report polis supaya individu ini disiasat...tetapi.....individu yang telah melakukannya di Perak...dan ada report tapi tak berkesan...kadang-kadang pening kepala memikirkan minda manusia akhir zaman...

Jumaat, 19 Mac 2010

Isu semakin hangat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...!

Semakin hari semakin banyak isu yang ditimbulkan..sebagai manusia kita kena pandai memikir dan memilih. Ingatlah..minda Melayu adalah minda yang mahal..kerana walaupau besarnya melebihi 100 GB...namun yang diguna tak sampai 1 GB kerana Melayu malas nak berfikir dan mana yang seronok itu yang diikut.. Oleh itu sebagai pemikir...pilih yang terbaik..bukan semasa hidup sahaja tetapi untuk akhirat yang lebih kekal.