Selasa, 30 Mac 2010

Ancaman Dadah dan Sex Remaja

Assalamualaikum...dan Salam Sejahtera

Sejak akhir-akhir ini masyarakat sering disogokkan dengan berita arus perdana mengenai masalah dadah dan sex remaja. Jika kita fikir-fikirkan setiap taman, kampung atau kawasan pasti ada "port" atau tempat aktiviti menghisap dadah dan sekurang-kurangnya..wakil setiap kampung atau kawasan di Malaysia ini pasti ada..paling tidak seorang, tapi biasanya lebih....... Rampasan dadah hampir setiap hari..ini bermakna bekalan dadah untuk semua penagih..senang cerita..berapa guni agaknya diperlukan untuk semua penagih di Malaysia. Tidakkah ada formula untuk mengatasinya. Apa teori pun yang dipakai...sekiranya tindakan positif yang diambil setiap tahun..gejala negatif akan berkurangan..tetapi yang ni semakin meningkat...renungkan..

SATU lagi kes sex bebas remaja ini..hampir semua sekolah menengah harian di seluruh Malaysia kita dengar ada saja kes serupa ini sama ada ia dilapor atau sebaliknya..akhir daripada aktiviti ini..itu yang kita dengar bayi dijumpai di pagar surau..tempat buang sampah..tangga masjid..janin dalam balang..dan entah apa-apa lagi selepas ini...sepatutnya perkara ini dibincangkan di parlimen..minta pandangan rakyat..sebelum negara hancur...FIKIRKAN.......LAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan