Isnin, 24 Mei 2010

Apakah Kita Terus Begini

Assalamualaikum...dan Salam Sejahtera...

Sebagai anak Malaysia, masih ku ingat akan sejarah..sedikit demi sedikit tanahair ini akan terus terhakis dan tergadai.. Aku masih ingat kalau ke tepi laut..pantainya indah dan landai..membolehkan pengunjung menikmati..pantainya.. Dalam kuasa PM pertama tanah Singapura diberi kepada orang lain..sayunya hati bila mana nak ke sana terpaksa menggunakan pasport...kemudian terdengat Pulau Batu putih..terlepas lagi..telaga minyak yang berharga berbilion ringgit boleh terlepas ke Brunei pulak...Stesen Keretapi Tanjung Pagar dah kepunyaan Singapura..Woodland..pulak... apa nak jadi kat negara aku ni...aku pun tak tau.. rasanya kena tanam pokok balak 2/3 batang untuk buat rumah suatu hari nanti... bila dah mula gadai ni..akan ketagih ..lama-lama..apayang tinggal

Rabu, 19 Mei 2010

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...!

Setiap tahun..tanggal 16 Mei pastinya satu tarikh yang diingati oleh para guru di Malaysia. hari ini bilangan guru yang agak ramai memungkinkan berbagai perkara berlaku di kalangan masyarakat guru. namun demikian, masyarakat masih memanggil mereka Cikgu.. meskipun sudah pencen atau masih berkhidmat. Setiap tahun beban guru makin bertambah..tugasan yang tak sepatutnya juga terpaksa dilakukan. Pendek kata..guru yang yes..men..ini akan merasa kesuntukan masa untuk meneruskan kehidupan mereka. Kekadang dengan keluarga sendiri sering terabai bilamana tugasan berlanjutan hingga ke petang dan malam membuat persediaan dan rujukan untuk hari esok. Kini kedengaran.. malam pun diarah untuk bertugas...dan diugut..tugasan itu sebahagian dari LADAP..apa programnya... mendengar ceramah Timbalan Menteri..semua guru berhampiran diwajibkan hadir dan majikan diminta menanda kedatangan guru...bermula jam 8.00 malam hingga 11.00 malam.. kasihan para guru..nak buat persediaan mengajar hari esoknya pun tak sempat.. akan datang belum tahu lagi apakah guru-guru ini berkesempatan untuk tidur atau pun tidak. Wahai para guru..kesetiaanmu..keikhlasanmu mencurahkan ilmu akan membantu.. semasa kekal di sana...Hidup Ini Satu Perjuangan

Jumaat, 7 Mei 2010

Disiplin Remaja Kian Merosot


Assalamualaikum...! dan salam sejahtera...

Perasankah kita sejak kebelakangan ini kes jenayah membabitkan remaja semakin bertambah. Ketika berumur di bawah 20 tahun dah terlibat dengan pelbagai jenayah sama ada samun, dadah atau rogol. Perkara ini seakan menjadi lumrah dan masyarakat sudah lali dengan berita seperti ini. Apakah ini menunjukkan jika usia dunia ini masih panjang...akan kedapatan remaja yang berzina di kaki lima "shooping complex" misalnya tanpa segan silu. Di manakah silapnya...guru2 di sekolah, ibu bapa di rumah...atau barisan pimpinan negara yang berkuasa. Apakah kita akan terus menuding jari menyalahkan di antara satu sama lain sehingga..masyarakat kita hancur suatu hari nanti? Marilah sama2 kita berbincang..untuk mengatasi masalah ini.