Rabu, 19 Mei 2010

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...!

Setiap tahun..tanggal 16 Mei pastinya satu tarikh yang diingati oleh para guru di Malaysia. hari ini bilangan guru yang agak ramai memungkinkan berbagai perkara berlaku di kalangan masyarakat guru. namun demikian, masyarakat masih memanggil mereka Cikgu.. meskipun sudah pencen atau masih berkhidmat. Setiap tahun beban guru makin bertambah..tugasan yang tak sepatutnya juga terpaksa dilakukan. Pendek kata..guru yang yes..men..ini akan merasa kesuntukan masa untuk meneruskan kehidupan mereka. Kekadang dengan keluarga sendiri sering terabai bilamana tugasan berlanjutan hingga ke petang dan malam membuat persediaan dan rujukan untuk hari esok. Kini kedengaran.. malam pun diarah untuk bertugas...dan diugut..tugasan itu sebahagian dari LADAP..apa programnya... mendengar ceramah Timbalan Menteri..semua guru berhampiran diwajibkan hadir dan majikan diminta menanda kedatangan guru...bermula jam 8.00 malam hingga 11.00 malam.. kasihan para guru..nak buat persediaan mengajar hari esoknya pun tak sempat.. akan datang belum tahu lagi apakah guru-guru ini berkesempatan untuk tidur atau pun tidak. Wahai para guru..kesetiaanmu..keikhlasanmu mencurahkan ilmu akan membantu.. semasa kekal di sana...Hidup Ini Satu Perjuangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan